Tuesday, 27 July 2010

mari kita buat kek pisang

kek Pisang menjadi satu komoditi yang mahal di sini. tak ada dijual di Tesco, Asda, atau mana2 la. Kegemaran ku apabila memakan kek adalah dgn mencicahnya dgn air teh. Rahma, my egyptian friend here already knows my way of eating cakes or biscuits. Kalau kat malaysia, main tengok aje la, ye la senang nak dapat. kat sini, kena la buat sendiri...huhu, anak omak pandai yooo buat kek...hehehe. nanti la. tgh ada dateline. plus, bahan2 pun ada kat dapur...siapkan kerja sekolah dulu la. lagi 2/3 hari nanti, baru buat.

Bahan-bahan ( saiz biasa )

  • 7 biji pisang berangan
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 5 biji telur
  • 2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 cawan gandum

Cara-cara

  1. Blender kan pisang, minyak dan soda bikarbonat sampai lumat
  2. Gunakan mixer untuk pukul telur dan gula. Masukkan bersama esen vanilla (boleh juga di blend)
  3. Masukkan pisang yang telah di blend ke dalam bancuhan telur dan gula
  4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata
  5. Masukkan dalam acuan. Bakar selama 25-30 minit, suhu 180 C

No comments:

Post a Comment