Ahlan Wasahlan ya Ramadhan,
Bulan yang penuh barakah, bulan yang mulia. Untuk ke dua kalinya, aku berpuasa di Belfast. Bulan Ramadhan dimulakan dengan tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Faiszal yang diadakan di rumah An/Dr Saiful. Pengisian diadakan dengan mengetahui apakah makna As Syiam itu sendiri dan juga pemakanan yang sepatutnya diambil semasa berbuka dan bersahur. Almaklum, puasa kali ni, jatuh ada waktu summer, 17 jam berpuasa. bersahur jam 3am, dan berbuka jam 9.10pm.
Barangkali di Malaysia, amat pelik kedengaran. Malahan sahabat handai mengucapkan selamat berjaya untuk mengharungi 17 jam berpuasa. Namun hakikatnya tidak la seteruk 17 jam yang dibayangkan di Msia itu. Cuaca di belfast amat indah, dengan keadaan suhu 15C - 17C. Siang yang cerah, namun tetap dingin dek tiupan angin sejuk. tidak terasa panas, atau dahaga melampau jika dibandingkan dengan Malaysia. letih mengantuk, perkara biasa. mungkin kerana malam terlalu pendek.
Aku memulakan Ramadhan dengan berbuka di office. tujuanku hanya satu, untuk menyiapkan penulisan PhD. tetiba mendapat sms dari Farid, mengatakan solat teraweh akan diadakan di Surau University of Ulster. Alhamdulillah. aku berazam untuk stay terus. Solat isya dan teraweh berjemaah. malam pertama, 8 rakaat teraweh, sampai jam 11.30m. Malam ke 2, sampai jam 12 malam. Malam ke 3, sampai lewat juga, kerana ada ulasan mengenai sejarah Nabi Yaakob, Nabi Sulaiman dan Nabi Musa AlahiSallam. Secara jujur, tidak pernah semua ini kulakukan di Malaysia. Aku bersyukur ya Allah, dapat aku merasai kenikmatan sebegini, dan bersama2 rakan2 lain beramal, belajar surah mu, bertadarus, dan belajar mengenali nabi2 Mu, dan rasul2 Mu, Ya Allah.
Niat dan doa ku Ya Allah, permudahkan lah serta segerakan aku dalam urusan pengajian ku. Permudahkan lah penulisan ku, permudahkan lah data collection ku, permudahkan urusan ku semuanya, jodoh ku, rezeki ku, ketetapan iman ku, hidup ku dan mati ku dalam keadaan Husnul Khatimah.
Doa ku, ya Allah, Allahuma Balighna Ramadhan (3X).
semoga aku berkesempatan untuk merasai nikmat mu, di Ramadhan akan datang.
Hi...Kak Sab. Singgah2 la...blog saya di http://jumir-myspace.blogspot.com
ReplyDelete